Program Cuti Sekolah : Nabi Merindui Kita
1.0 PENDAHULUAN
Baginda Nabi Muhammad (SAW)
bukan sekadar tokoh utama bagi umat Islam, tetapi juga diiktiraf oleh sejarah
dunia sebagai salah satu insan teragung yang pernah menjejakkan kaki di muka
bumi. Dalam buku “The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in
History” karya Michael H. Hart, Nabi Muhammad (SAW) dinobatkan di tempat
pertama sebagai individu paling berpengaruh sepanjang zaman, satu penghormatan
yang diberikan atas sumbangan besar Baginda dalam mengubah landskap agama dan
kehidupan manusia sejagat.
Di era akhir zaman ini, di
mana pengaruh negatif dan hedonisme mudah menyusup ke dalam kehidupan
anak-anak, program seperti ini amat penting untuk memperkukuhkan jati diri
anak-anak Muslim. Bersempena bulan kelahiran Baginda (SAW), program ini
dirancang dengan matlamat memperkenalkan kanak-kanak kepada nilai-nilai murni
dan ajaran Nabi Muhammad (SAW) melalui pendekatan yang menyeronokkan dan
interaktif. Mereka akan menyelami kisah-kisah seorang insan agung yang merindui
umatnya, serta mengambil pengajaran yang berharga dari perjalanan hidup insan
mulia ini.
2.0 OBJEKTIF
- Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang kisah-kisah penting dari kehidupan Nabi Muhammad (SAW) dan peristiwa-peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan Baginda.
- Mengajar kanak-kanak tentang nilai-nilai murni seperti kejujuran, kesabaran, kasih sayang, dan keberanian yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad (SAW) dalam kehidupan seharian Baginda.
- Mendorong kanak-kanak untuk mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif.
- Menyediakan suasana yang menyeronokkan dan interaktif di samping belajar sirah Nabi Muhammad (SAW).
3.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh: 21
September 2024 (Sabtu), 17 Rabiul Awal 1446H
Masa: 8:30 Pagi - 1:30 Petang
Lokasi: Masjid Dato’ Klana Petra Mubarak Al-Haj, Seremban
Sasaran: Kanak-kanak berumur 6-11 tahun
Target Penyertaan: 50 orang
4.0 TENTATIF
MASA |
AKTIVITI |
0830 - 0900 |
Pendaftaran |
0900 - 0930 |
Ice Breaker
|
0930 - 1000 |
Dhuha Minum Pagi |
1000 - 1100 |
Journey Map - The
Greatest Influencer |
1100 - 1230 |
Seerah Treasure Hunt |
1230 -1300 |
Penutup &
Penyampaian Hadiah |
1300 - 1400 |
Zohor Berjemaah |
5.0 YURAN KOMITMEN
- Peserta yang memilih pakej tanpa makan dibenarkan untuk pulang terus selepas solat Zohor berjemaah.
- Peserta dengan pakej makan penuh dijangka akan pulang pada jam 2.15 petang.
- Minum pagi ringkas disediakan untuk SEMUA peserta pada jam 9.45 pagi.
- Bayaran program ini sebahagiannya adalah daripada sumbangan YB Tengku Zamrah (Adun Ampangan) & MAINS.
6.0 KEPERLUAN PROGRAM
- Peserta boleh berpakaian sukan bebas yang sesuai & selesa untuk ke masjid. Peserta perempuan boleh bawa telekung.
- Tiada barang keperluan yang perlu dibawa oleh para peserta, selain alat tulis asas. Paling penting, bawa jiwa
yang bersemangat untuk ke Masjid!
- Ibu bapa boleh terus meninggalkan peserta di masjid selepas pendaftaran, para
fasilitator sudah bersedia untuk menyambut anak-anak peserta.
7.0 TENTANG PENGANJUR
Program ini adalah kerjasama antara pihak Masjid Dato' Klana Petra Mubarak al-Haj dengan jawatankuasa Program Cuti Sekolah di masjid. Klik untuk baca lanjut tentang latar belakang Trainer bertauliah di sini.
----CARA MENGISI BORANG DI BAWAH-----
1. Pilih pakej yang ingin didaftarkan, sama ada dengan Makan Tengahari atau tidak.
2. Tuliskan nama Ibu/Ayah pada butiran Nama Pelanggan
3. Bagi maklumat peserta, seorang peserta satu baris, dijarakkan dengan 'Enter'.
4. Pembayaran boleh menggunakan online transfer (dan kepilkan resit kemudiannya) atau direct ke FPX (Toyyibpay caj RM1).
5. Jika pendaftaran berjaya, anda akan dapat email/notifikasi untuk invois/resit.
6. Sila subscribe channel telegram kami untuk updates & gambar (t.me/cutisekolahmasjid).
Sampai jumpa nanti, insya-Allah ;)