Program Cuti Sekolah : Masjid Qaryah Paroi Jaya



1.0   PENDAHULUAN

Kreativiti adalah anugerah Allah SWT yang membolehkan manusia menzahirkan keindahan dan kefahaman melalui seni. Program Lukis & Tadabbur Bersama Ust Kartun menggabungkan seni lukisan dengan tadabbur penghayatan surah-surah pendek yang penuh hikmah .

Surah ini mengingatkan kita akan kebesaran ciptaan Allah, dari bintang-bintang di langit hingga penciptaan manusia. Dalam program ini, kanak-kanak akan melukis sambil mendalami maksud ayat-ayat surah ini, termasuk kekuasaan Allah dan pentingnya merenung tanda-tanda kebesaran-Nya.

Dibimbing oleh Ustaz Kartun, pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022 bagi Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik dan hos rancangan Ust Kartun & Robojim di TV Al-Hijrah, anak-anak akan diasah bakat melukis sambil memperkukuh hafazan, memupuk rasa syukur, dan menghubungkan seni dengan Al-Quran. Program ini dirancang untuk menjadikan pembelajaran Islamik lebih interaktif, menyeronokkan, dan mengembangkan kreativiti anak-anak, insya-Allah.

 

2.0  OBJEKTIF

 

Meningkatkan Penghayatan Al-Quran
Memberi kefahaman mendalam kepada kanak-kanak tentang maksud dan pengajaran surah pilihan, sekaligus mengukuhkan hafazan mereka dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan.

Memupuk Kreativiti dan Kemahiran Seni
Membangunkan bakat melukis kanak-kanak sambil menggunakan seni sebagai medium untuk memahami nilai-nilai Islam dan kebesaran ciptaan Allah SWT.

Menghubungkan Seni dengan Elemen Islamik
Mendorong kanak-kanak untuk menggunakan seni sebagai alat refleksi terhadap ayat-ayat Al-Quran, sekaligus meningkatkan kepekaan mereka terhadap mesej Islam.

Menanam Kesedaran tentang Keindahan Islam 
Menanam di minda bawah sedar kanak-kanak akan keindahan Islam serta pentingnya mengimarahkan masjid sebagai pusat pelbagai kegiatan masyarakat.

 

3.0   PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh: 25 Disember 2024 (Rabu)

Masa: 8.30 Pagi - 4.00 Petang
Lokasi: Masjid Qaryah Paroi Jaya, Seremban

Sasaran: Kanak-kanak berumur 7-13 tahun        

 

4.0  TENTATIF

 

MASA

AKTIVITI

0800 - 0830

Pendaftaran

0830 - 0930

Taaruf Games

Slot 1: Lukis kartun dengan seronok & mudah

0930 - 1000

Minum Pagi
Dhuha

1000 - 1200


Slot 2: Menghafaz, menghayati makna & mengembangkan kreativiti


1200 - 1400

Makan Tengahari
Zohor Berjemaah
Rehat

1400 -1600

Slot 3: Melukis & Tadabbur ibrah Surah Pilihan
Penutup

1600

Bersurai

 

5.0  YURAN KOMITMEN


HARGA PROMOSI
Daftar seorang: RM55/orang
Daftar berdua: RM45/orang

(Bayaran sudah termasuk Minum Pagi & Makan Tengahari)

HARGA PROMOSI TAMAT pada16 Disember 2024 dan akan NAIK kepada harga asal RM65 seorang.

6.0 KEPERLUAN PROGRAM

  • Peserta boleh berpakaian bebas yang sesuai & selesa untuk ke masjid. Peserta perempuan boleh bawa telekung.
  • Peserta digalakkan membawa meja kecil atau alas keras dikhuatiri rehal di masjid tidak mencukupi.
  • Keperluan lain:
    -Alat tulis asas (pensel & pemadam)
    -Pensel warna (digalakkan jika ada)
  • Paling penting, bawa jiwa yang bersemangat untuk ke Masjid!
  • Ibu bapa boleh terus meninggalkan peserta di masjid selepas pendaftaran, para fasilitator sudah bersedia untuk menyambut anak-anak peserta :)


7.0 TENTANG PENGANJUR

Program ini adalah kerjasama antara pihak Masjid Qaryah Paroi Jaya dengan jawatankuasa Program Cuti Sekolah di masjid. Klik untuk baca lanjut tentang penganjuran program kami yang lepas di sini.



----CARA MENGISI BORANG DI BAWAH-----

1. Tuliskan nama Ibu/Ayah/penjaga pada butiran Nama Pelanggan (maaf ini setting default onPay).

2. Bagi maklumat peserta, seorang peserta satu baris, dijarakkan dengan 'Enter'.

3. Pembayaran boleh menggunakan online manual transfer (dan kepilkan resit kemudiannya)
atau direct ke FPX (Toyyibpay caj RM1). 

4. Jika pendaftaran berjaya, anda akan menerima email/notifikasi beserta invois/resit. 

5. Sila subscribe channel telegram kami untuk updates & gambar (t.me/cutisekolahmasjid).


Sampai jumpa nanti, insya-Allah ;)





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Harga Promosi seorang RM55, berdua RM45 HABIS STOK
Harga selepas 16 Disember - RM65 seorang, berdua RM60 seorang
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Satu nama satu baris (Tekan Enter)
Satu nama satu baris (Tekan Enter)

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda boleh transfer secara manual, pembayaran menggunakan QR mahupun melalui Mesin Deposit Tunai.  
  • Anda boleh memasukkan emel falah.events@gmail.com jika diperlukan
  • Yang penting anda memuat naik gambar bukti pembayaran


  • QR code bagi akaun Emareez Resources:
     
PenamaEmareez Resources
No. Akaun8602797764
Buka CIMB Clicks  
PenamaNovaadila
No. Akaun155127086638
Buka Maybank2u  

PENGESAHAN

Chat dengan Admin